Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Ahad, 27 Disember 2009

Terasa pandai


Kau bayi baru bercakap
Kanak kanak menjejak remaja
Remaja melangkah dewasa .

Tak tahu sungai berpuaka
Menghulur kaki menjinak kelisa
Hilang di cari di perut buaya .

Terasa sudah permata
Orang melihat serpihan kaca .

Masuk bakul angkat sendiri
Di ketawa orang tak kering gusi .



saniza . Kuala Lumpur . 10 Muharram 1431 .

3 ulasan:

  1. tu yg rugi, ingt permata tapi kaca.. tambah plak luka kene tajam kaca tu hehe

    BalasPadam
  2. hi dear - suka baca but tak sure maknanya- tak berani nak letak komen :) coz boleh byk makna kan tak semestinya selari ngan fikiran penulisnya heheh

    yg atas ni cam budak belagak pandai rasanya - bodoh sombong?

    BalasPadam