Terdapat ralat dalam alat ini

Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Selasa, 29 Disember 2009

Arus kehidupan

Hujan di Kuala lumpur
Sebiji manik hujan
Entah kemana menghilang
Mungkin di lopak tepi jalan
Atau di longkang
Dan hanyut di arus sungai klang
Terus ke Selat Melaka yang terbentang .

Tak nampak lagi manik hujan itu
Di serap air yang banyak
Bercampur peluh dan air mata .

Bila air melimpah menutupi jalan
Ada yang sesat untuk pulang
Gadis , janda dan isteri
Kadang menjadi manik hujan
Di telan kota metropolitan .



saniza . k.Lumpur . 11 Muharram 1431 .





3 ulasan:

  1. arus kehidupan, dunia penuh pancaroba
    agak tersirat di sebalik analogi yg digunakan

    BalasPadam
  2. kehidupan dgn pelbagai cerita

    BalasPadam
  3. yg penting kita kekal di jalan Nya..

    BalasPadam