Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Selasa, 29 Disember 2009

Selamat pengatin baru .

Tadi siang di atas pelamin indah
Rakan tolan sama meraikan cinta
Tahniah gelak ketawa dan sindir senda
Tangan merah di renjis mawar , salam dan cium ceria
linangan air mata ayah bonda tanda gembira .

Di bilik pengantin hanya berdua
Malunya tadi terasa diri
Bila bersalam meminta diri
Untuk masuk kebilik ini
Jelingan di beri penuh makna
Mereka ketawa suka ria
Terasa macam kena di perli .

Lampu terang cuba suramkan
Malu bila bertentang mata
Di bilik ini rahsiakan terbuka
Selama ini tertanya tanya
Haruman semerbak tersesak nafas
Antara debaran dan denyut kasih sayang
Bila bersalam seiklas hati
Ciuman di beri tanpa pemerhati
Lebih dan kurang sama fahami
Sedia terima sejujur hati .

Menadah tangan pada Illahi
Memohon harapan sepenuh hati
Agar suami isteri dan zuriat bakal di perolehi
Sejahtera sampai ke akhir nanti .

Dalam belaian kasih dan sayang
Hasrat rindu memadu cinta
Suami isteri berpeluk syahdu
Menunaikan hasrat lama di nanti
Penikahan dan malam sebagini di impi .



( saniza ucapkan selamat pengantin baru pada semua pengantin baru )

saniza . Kuala Lumpur . 12 Muharram 1431 .



6 ulasan:

  1. begitu mendalam maksud puisi di atas, adakah terkias kekeciwaan disebalik keindahan puisi itu

    BalasPadam
  2. slmt pngntin baru gak pd mrk suma

    BalasPadam
  3. saniza da jadi pengantin ke belum? heheh sungguh memahami jiwa pengantin :)

    BalasPadam
  4. Salam .

    Insan selalunya tidak mencukupi...

    sama sama ucapkan pengantin baru ...

    terima kasih kerana bertanya ... hi hi hi


    terima kasih .......

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru serta tahun baru juga..puisi yg menarik dan memberi nostalgia

    BalasPadam
  6. selamat pengantin baru utk kwnku...n semua pasangan yg telah dan akan melangsungkan perkahwinan..semoga kekal hingga akhir hayat..amin..

    BalasPadam