Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Khamis, 24 Disember 2009

Pertemuan di jalan dua hala

Di lebuhraya dua hala
Kedua dua hala terhenti buat seketika
Entah kenapa .

Terpandang ke jalan yang bertentangan
Seorang pemandu jelita menjeling manja
Hanya buat seketika
Pemanduan di teruskan semula .

Apa kah mata mula tergoda
Walau tanpa sebarang bicara
Terus terbayang si dia .

Mana tau siapa
Nombor pendaftaran keretanya pun tak ada .

Keretanya warna merah hati
Kemanakah hendak dicari
Tanpa nama yang boleh ditanya
Mungkinkah di leburaya itu lagi
Bila pula kesesakan terjadi .

Berpegang pada keimanan di hati
Maut dan pertemuan , Kuasa Illahi .


saniza . Kuala Lumpur . 7 Muharram 1431 .

2 ulasan:

  1. takde nombor tu yg payah hehe
    jdh pertemuan tgn tuhan

    BalasPadam
  2. kesesakan?
    hari2 kot..

    btw thx drop at my blog..
    nicce blog u got here..
    i love puisi..
    keep up..

    BalasPadam