Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Khamis, 24 Disember 2009

Pak Da



Lelaki tua dimamah usia
Kedut muka seluruh anggotanya
Menghuni setia podok berjasa .

Nyalaan kayu merebus air telaga
Sendirian lemah melawan daya
Dua anak tiada bersama
Bersuami isteri berumah tangga
Mak Da sudah lama tiada
Sedang menunggu di alam baqa

Termenong Pak Da sekali sekala
Melihat pondok hampir binasa
Kadang tersenyum di penjuru tangga
Teringat kisah masa bersama
Sedap baunya masakan Mak Da
Dibawa angin membuka selera
Di tepi telaga mandikan anak
Sekejap nanti nasi tersedia .

Lamunan Pak Da hanya seketika
Lalu berlinangan di penjuru mata
Rindu pada yang tiada
Menunggu yang ada , jauh di mata

Masuk waktu Pak Da di surau
Pak Da azan memanggil manusia
Menyembah Tuhan Yang Maha Kuasa
Menadah tangan memohon doa
Moga sejahtera sepanjang masa .

Pak Da ingat setiap ketika
Dunia ini hanya sementara
Akhirat jua kekal selamanya .



saniza . Kuala Lumpur . 7 Muharram 1431 .



6 ulasan:

  1. kesian pakda..
    :(
    semoga beliau sentiasa dirahmati Allah..

    BalasPadam
  2. whoaaa..
    sedih kehidupan pakda..
    semoga dia bahagia..

    BalasPadam
  3. sedih tgk umah dier...

    p/s: slm kenal...

    BalasPadam
  4. salam, moga pak da dianugarahkan kekuatan.

    BalasPadam
  5. smoga pakda
    akan tabah
    Tuhan akan sentiasa bersama Pak Da~

    BalasPadam
  6. Salam,

    Beginilah kehidupan...tak dapat dielakkan:(

    BalasPadam