Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Isnin, 4 Januari 2010

Perjalanan sejati

Bila lahir dari perut ibu
Perjalanan tidak berhenti lagi
Sedetik bernama mati
Bawalah bekalan duniawi dimiliki
Kesal tangis tiada mencukupi
Tiada daya menambahkan lagi
Yang peduli anak anak suci
Yang menyusuli semaian berbudi
Ilmu dan harta di tinggal berbakti .

Bila hancur di perut bumi
Itulah perjalanan sejati
Tiada lagi mati
Shurga atau nuraka menanti .


Saniza . K. Lumpur . 18 Muharram 1431 .

8 ulasan:

  1. Mengumpul bekalan untuk mati

    menguji iman dan hati .

    aku berdoa pada Illahi semoga aku termasuk dalam orang yang beriman di hati .

    Tuhan ku ...........

    BalasPadam
  2. salam Saniza,

    Perjalanan sejati apabila
    menemui Ilahi, dan mati
    adalah pintunya

    BalasPadam
  3. carilah perjalanan yg penuh keimanan

    BalasPadam
  4. moga keiman membekal citra kehidupan kita

    BalasPadam
  5. hanya tiga perkara yg akan dibawa bila mati
    anak yang soleh
    ilmu yg bermanfaat
    sedekah jariah

    semoga kita tergolong dlm golongan org2 yg beriman!

    BalasPadam
  6. perjalanan di titian..masa kita perlukan..zaman berzaman, tinggal impian

    BalasPadam
  7. Semoga perjalanan hidupmu diiringi kebahagiaan dan dirahmati Allah...

    BalasPadam
  8. Salam anakanda,

    sedih dan bimbang bila ingatkan kematian yang akan datang menjemput kerana rasanya auntie nie banyak dosa dan kurang buat pahala:(

    Semuga Allah memberi kita kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan semuga kita semua mendapat husnul khotimah...amien!

    BalasPadam