Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Sabtu, 20 Februari 2010

Pengharapan


Pengharapan


Sayang ku
Andai aku berada di hati mu
Biarlah jujur dan setia
Tidak rela dipura-pura .

Andai mampu mengukir nama ku di awan biru
Untuk menyatakan cinta mu
Gunalah tinta bertulisan merah
Kerana aku suka warna itu
Lambang keberanian kesanggupan berkorban cinta .

Bersama doa
Ku tunggu kehadiran mu .



saniza . 6 Rabiulawwal 1431 . Kuala Lumpur .






5 ulasan:

  1. kena cari pramugara or pilot la utk ukur namaku di awan biru heheh

    BalasPadam
  2. hihihi....

    Pandangan yg bagus...

    Tema kaceeeh ......

    BalasPadam
  3. andai menyinta..biarlah sejujurnya
    agar rindu bertemu cinta
    dan hati tidak derita..

    BalasPadam
  4. bole la berlaku kat citer awan dania erk

    BalasPadam