Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Isnin, 22 Februari 2010

Begitukah

Begitukah


Cinta
Datangnya tanpa dipaksa
Rindu juga mula bersama
Menyata kasih dan sayang .

Kekalkah cinta dihati insan
Dilambung gelombang kehidupan
Kepayahan kukurangan dan kecacatan .

Benarkah cinta tulus murni
Tidak berubah bersama masa dan suasana
Siapakah pemiliknya ...



saniza . 8 Rabiulawwal 1431 .
Kuala Lumpur .











2 ulasan:

  1. jangan pernah menyanjung cinta..
    jika tak mengerti maknanya cinta..
    satu terindah dlm hidup setiap insan..
    ceritera cinta setiap insan..
    adalah berbeda mengikut pasangannya..

    BalasPadam
  2. cinta itu tulus hnya pada hati yg ikhlas dan mmg ssh nak mndptkan ketulusan

    BalasPadam