Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Sabtu, 16 Januari 2010

Puisi : Dia bangga

Pada dia
Meneruskan
Dan melaungkan
Merdeka
Merdeka
Merdeka .

Pada dia
Petualang perlu bantahan
Lalu di sembur muka
Tercanang seluruh negara
Oh ! bahaya .

Enam bulan di jatuh hukuman penjara
Lalu dia mengakat dua tangan bermuka gembira .

Kenapa dia bangga ? .


saniza . K.Lumpur . 1 Safar 1431 .

9 ulasan:

  1. Ntah la tak tau nape die gembira. Kene tanye la yg empunya diri tu.

    BalasPadam
  2. dalam langkah machonya
    ada tingkah yang tempang
    dalam lenggangnya
    ada hayun yang sumbang
    dalam senyumnya
    ada suka
    ada duka
    ada resah
    ada gelisah
    sesal dan kesal
    atau masih tak tau erti taubat

    BalasPadam
  3. Kerana dia patriotik? atau dia
    petualang?

    BalasPadam
  4. empunya diri sudah bersumpah mengatakan tidak buat..
    justeru, adakah peguambelanya yg tak cekap???

    BalasPadam
  5. sukar kita nak tafsirkan kerana undang-undang dan sistem kita kini pun makin bercelaru.

    BalasPadam
  6. Salam Saniza,
    Semoga bahagia. Ziarah sebelum senja tiba.

    BalasPadam