Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Khamis, 28 Januari 2010

Kepala babi

Kepala babi


Bila rumah suci
Jadi serangan pembenci .

Apa itu peringatan Illahi
Jangan masjid selalu di jauhi .

Tak bolehkah berlaku
Bagai solat jumaat setiap waktu
Biar umat tidak bercelaru
Iman dan hati berpadu .

Bila ini terjadi
Tidak terlupa pada mati
Memuji Illahi sentiasa di hati .

Gerak langkah berhati hati
Mulut tiada caci mencaci
Pada Illahi mendekat diri
Moga tiada siapa membenci
Hidup bermaruah berugama suci
Islam ugama di cintai ...



saniza . Kuala Lumpur . 12 Safar 1431.

5 ulasan:

  1. semoga insiden ini menyedarkan semua umat Islam bahawa kita perlu mempertahankan agama kita yang suci ini..

    BalasPadam
  2. Ramai membuat demonstrasi membenci, mencaci, mengeji perbuatan manusia-manusia kafir melempar kepala khinzir ke rumah Allah.

    Tetapi bila azan subuh bergema, hampir semua tidak ke sana sebaliknya sibuk dengan selimut khinzir tersebut.

    BalasPadam
  3. Salam Saniza,

    "api semakin membakar dalam diam !".

    BalasPadam