Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Selasa, 26 Januari 2010

Cinta sejati ?


Cinta sejati ?


Apa kah cinta sejati
Sukar untuk di mengerti
Banyak cinta datang dan pergi .

Bercinta separuh mati
Berpisah menjadi musuh yang paling benci .

Sayang janji kasih di lamun cinta
Berdua kemana pergi
Mahu bersama hidup mati .

Konon cinta sejati
Bagaikan daki
Hilang pergi bila di cuci
Datang lagi dan pergi lagi
Berganti mencari berganti .

Apakah yang sejati
Mungkin cinta pada diri sendiri
Mengikut kata hati
Mahu menang sendiri ...


saniza . Kuala Lumpur . 10 Safar 1431 .

3 ulasan:

  1. cinta sejati tue kne tanye wings agaknya..nnti dia nyanyi lagu sejati tau hehehehe

    BalasPadam
  2. chenta...tu org kata luas..ntah..heheheh

    BalasPadam
  3. Salam..
    Cinta sejati cinta hakiki
    yg mekar dihati
    kekal abadi
    tanpa perlu diragui.

    BalasPadam