Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Ahad, 9 Mei 2010

Surat untuk bonda

Surat untuk bonda

Menemui bonda tercinta
Dari anakanda di perantauan .

Biar jauh dari pandangan
Tapi setiasa di ingatan
Wajah bonda berada di depan mata .

Jasa bonda begitu besar
Semakin hari semakin bertambah
Tak mungkin mampu anakanda membalas
Moga Tuhan membalas dengan rahmatnya .

Sehingga berjumpa lagi
Doa dari anakanda
Moga bonda setiasa sihat sejahtera ...



saniza


2 ulasan:

  1. Kasihi bonda sepenuh raga kerana bila telah tiada kita pasti akan merinduinya. Rindu yang tak terkata.

    BalasPadam