Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Rabu, 14 Disember 2011

Desa Indah Berjuta Kenangan






Desa Indah Berjuta Kenangan

Desa yang pernah menjadi permaidani langkahku
Di sini aku mulai mengenal kehidupan
Di sini aku kenali ...
Betapa syahdunya cinta
Betapa indah manisnya asmara
Di sini ku nikmati kejujuran kasih sayang ayah dan ibu

Biar berjuta tahun lagi
Desa ini tetap di hati
Aku di lahirkan di sini
Tapi aku tidak pasti

Di sinikah berakhir hayat ku nanti .


Saniza 14.12.2011.

Selasa, 13 Disember 2011

Sesekali

Sesekali

Sesekali aku di daerah ini
Buat aku tersangat mengingati kisah semalam
Di sini pernah ku bina sebuah mahligai cinta
Tapi kasih sayang hanyalah keindahan pelangi
Kini mahligai itu bertukar menjadi keranda
Namun cinta tidak pernah berkubur
Keindahan dan syahdu
Telah bertukar manjadi pilu ...

Saniza
13.12.2011 .

Isnin, 8 Ogos 2011

Kenangan

Kenangan .....

Perlukah rasa benci pada kenangan
Kerana pahit dan manis yang di lalui
Menjadi peringatan yang jujur
Mengenali detik detik yang sedang dan akan di temui

Lalu ku simpan kenangan itu
Menjadi rakan sepanjang usia .

Saniza
8/8/2011 .



Isnin, 18 Julai 2011

BICARA HATI


BICARA HATI

Salam sejahtera buat semua
Salam kasih buat mu .

Bacalah catatan catatan di sini
Biarpun berapa kali selagi dikau sudi .

Inilah catatan hati ku
Inilah diri ku .


( Setelah setahun aku tidak menulis di sini )
Saniza
18.7.2011.
KUALA LUMPUR .














Khamis, 17 Jun 2010

Perjalanan hidup

Perjalanan hidup

Oh ! ayahanda
Bukan ini panggilan hormat dan sayang
Di sini sekadar berbahasa
Kita bukan kerabat di raja
Atau Manusia kaya kaya
Ucapan Cik dalam loghat kita
Kata hormat budaya berbicara .

Ayahanda kaya memikul payah
Teringat aku di rumah dulu
Ketika kecil berlari jatuh
Lantai nibung menjadi saksi
Setiap nafas ayahanda hadapi
Gagah berjuang terus mara
Mengubah maju hidup kita
Sejarah hidup di belakang kerbau
Bertukar memandu di jalan raya
Putra putri mu di desa di kota
Menggapai murni cita cita
Moga tidak menjauhi ILAHI .

Masih teringat di minda anakanda
Ayahanda berdiri di gelanggang pendekar
Gagah perkasa hebat tenaga.

Dunia berputar setiap masa
Warna hitam memutih di kepala
Tegang dahi berkedut berbagai rupa.

Moga ayahanda tidak lupa
Mencari pahala menendang dosa
Biar lemah seluruh anggota
Di hati tetap waja sentiasa
Meyusun bekalan buat hari bakal tiba .

Ayahanda, bonda, anakanda dan siapa siapa
Bila tiba hari kita, tiada lagi masa .



saniza . Kuala Lumpur . 25 Muharram 1431.

Ahad, 13 Jun 2010

Pergi ...

Pergi ...

Pergilah sayang
Kerana itulah kata mu
Biarkan cinta mu di hati ku ...
Kasih dan sayang berkekalan .

Moga tiada kesalan
Di hari yang akan datang ...

Selamat berbahagia sayang ...

Sabtu, 22 Mei 2010

Suara tangisan

Suara tangisan


Malam tadi
Ku terdengar suara tangisan
Aku kenal itu suara dari mu ..
Kenapa kau menangis sayang ..

Aku begitu terharu ..

Oh ! rupannya aku terlena
Itu hanya mimpi
Dari khayalan ku yang rindu ...

Isnin, 10 Mei 2010

Suara mu

Suara mu

Suara mu bagai bisikan
Memanggil satu nama
Nama aku kah itu
Tapi aku tidak pasti .

Aku sentiasa menunggu
Bilakah kau akan ucapkan lagi ...


saniza

Ahad, 9 Mei 2010

Surat untuk bonda

Surat untuk bonda

Menemui bonda tercinta
Dari anakanda di perantauan .

Biar jauh dari pandangan
Tapi setiasa di ingatan
Wajah bonda berada di depan mata .

Jasa bonda begitu besar
Semakin hari semakin bertambah
Tak mungkin mampu anakanda membalas
Moga Tuhan membalas dengan rahmatnya .

Sehingga berjumpa lagi
Doa dari anakanda
Moga bonda setiasa sihat sejahtera ...



saniza


Isnin, 26 April 2010

Cinta misteri


Cinta misteri


Dalam meniti hari

Bertemu sebuah cinta misteri
Bukan untuk di miliki
Sekadar untuk di rasai
Menjadi kenangan abadi
Pengajaran yang sangat bererti .

Datang dan pergi
Antara kesucian hati

Bersama kehendak naluri
Mencabar falasafah diri .



saniza .




Jumaat, 23 April 2010

Tentang hati


Tentang hati

Siapakah akan mengerti
Bila diri sendiri tidak mengerti .

Mengapa merindu
Bila rindu lama berlalu .

Perpisahan tanpa pertemuan
Hanya sebuah kenangan
Menikmati percintaan dalam bayangan .

Menjadi guru dalam kehidupan
Menghadapi hari hadapan .


saniza .






Khamis, 22 April 2010

Cinta membara

Cinta membara


Bara cinta ku tidak terpadam

Menyala di simbah hujan
Panas sepanjang zaman ...

Andai terjatuh di lautan
Membakar menjadi gelombang
Wapnya terbang ke langit tinggi
Jadi bualan para bidadari
Sebuat cinta suci dari insan di muka bumi .

Mungkin sukar untuk di fahami
Oleh insan yang tak mahu mengerti
Cinta yang tersimpan dihati ...
Mencari kekasih sejati .




Saniza .



Khamis, 15 April 2010

Di sini

Di sini

Kalau masih kau ingat
Kita pernah bersama di sini
Bila kau merajuk
Aku selalu memujuk
Bila kau bersedeh
Aku bersedeh
Kita gembira bersama-sama
Satu harapan kita tuju .

Begitu la hati kita
Apakah kau lupa
Segala doa yang telah kau mohon pada Nya
Apa kau berdoa kembali
Membatalkan segala-galanya ...



saniza .




Isnin, 5 April 2010

Andai kau di sini


Andai kau di sini


Lihat lah rimbunan kasih yang tumbuh
Daunnya tasbih cinta mu
Yang sering kau ucapkan.

Pernah malam dan lena mu menyebut cinta ini
Dan siang bersama jaga mu
Cinta ini menjadi makan minum mu .

Andai kau bersedeh
Di sinilah tempat kau pernah bersedeh
Andai kau gembira
Di sinilah tempat kau pernah bergembira .

Pasti kau temui kenangan itu di sini
Kekal untuk selama-lamanya ...


Saniza . Kuala Lumpur .


Jumaat, 2 April 2010

Aku disini

Aku di sini


Aku masih di sini
Tempat yang kita selalu bertemu
Di sini kita selalu menyatakan rindu
Di sini kita selalu menyatakan kasih dan sayang .

Benih kasih sayang dan rindu yang kita semaikan
Kini telah hijau di bumi ini
Subur tanpa di pinta
Dengan rela
Daunnya mengukir nama mu ...


Saniza . Kuala Lumpur .

Isnin, 15 Mac 2010

Percintaan


Percintaan

Kau kekasih ku
Ku lekatkan di hati
Kekal di situ
Biar aku mati
Aku rela menghadapi
Mengalah tidak sekali .

Sekali kau sudi
Selamanya ku cintai ...


saniza . 15 rabiulawwal 1341 .
Kuala Lumpur .



Isnin, 1 Mac 2010

Kekasih ku


Kekasih ku


Malam ini
Cinta ku begitu sempurna
Rindu ku begitu bahagia .

Aku dan dia terasa tiada jarak lagi
Cinta ku dan cintanya begitu syahdu
Terasa baru lafaz nikah di ucapkan imam .

Semoga perasaan ini menjadi kenyataan .




saniza . Kuala Lumpur .




Ahad, 28 Februari 2010

Bercinta


Bercinta

Bercinta bawa bahagia
Pasti ada yang kecewa .

Deritakah merindu
Tiadakah indah didalamnya .

Tanpa cinta
Tiadakah rindu
Itukah sepi
Jiwa akan gelisah
Hati akan meronta
Mencari dan mencari .



saniza . 14 Rabiulawwal 1431 .







Selasa, 23 Februari 2010

Cinta yang terbiar

Cinta yang terbiar

Tiada terbelai
Tanpa kasih
Tanpa sayang
Yang ada hanya kerinduan
Rindu untuk dicintai
Bermain dengan bayang-bayang
Seketika datang sekejap hilang .

Terbang menjadi awan
Bila datang sebagai hujan
Aku hanya dapat merasakan kebasahan .



saniza . Kuala Lumpur . 9 Rabiulawwal 1431 .




Isnin, 22 Februari 2010

Begitukah

Begitukah


Cinta
Datangnya tanpa dipaksa
Rindu juga mula bersama
Menyata kasih dan sayang .

Kekalkah cinta dihati insan
Dilambung gelombang kehidupan
Kepayahan kukurangan dan kecacatan .

Benarkah cinta tulus murni
Tidak berubah bersama masa dan suasana
Siapakah pemiliknya ...



saniza . 8 Rabiulawwal 1431 .
Kuala Lumpur .











Sabtu, 20 Februari 2010

Pengharapan


Pengharapan


Sayang ku
Andai aku berada di hati mu
Biarlah jujur dan setia
Tidak rela dipura-pura .

Andai mampu mengukir nama ku di awan biru
Untuk menyatakan cinta mu
Gunalah tinta bertulisan merah
Kerana aku suka warna itu
Lambang keberanian kesanggupan berkorban cinta .

Bersama doa
Ku tunggu kehadiran mu .



saniza . 6 Rabiulawwal 1431 . Kuala Lumpur .






Khamis, 18 Februari 2010

Bersama cinta ku


Bersama cinta ku


Aku
Dan cinta
Dan harapan
Dalam sebuah sapan paling kecil
Di tengah lautan
paling luas
Sangat dalam .

Bila aku merindu
Siapalah yang tahu
Yang ada langit biru
Dan lautan juga kebiruan .

Bila malam ku lihat bulan bintang
Cahayanya menyuluh alam
Masih berbayang kegelapan .

Bila siang matahari bersinar terang
Tapi jauhnya untuk ternampak daratan .

Aku berdayung tanpa dayung
Tapak tangan berdayung merentas lautan .

Bila sampan semakin usang
Mungkin ditelan lautan
Mampukah aku berenang ...



saniza . 4 Rabiulawwal 1431 .
Kuala Lumpur .







Ahad, 14 Februari 2010

Bertemu mu

Bertemu mu


Terlalu ingin ku bertemu mu
Lamanya merindu .

Di manakah diri mu
Kenapa kau menyepi .

Berbahagianya aku andai dapat bersama mu
Melayari kehidupan ini
Dalam ikatan satu cinta
Jujur dan murni .

Sayang ku
Aku merindui mu ...



saniza . 29 Safar 1431 . Kuala Lumpur .
( Bila rindu bertamu )







Kumbang dan bunga

Kumbang
Mampukah kau terbang selamanya
Luasnya dunia
Mampukah jelajahi seluruh pelusuknya
Mencari dan mencari .

Bunga
Mampukah kau menanti seumur dunia
Kuntum mu berseri bukan selama
Tegakah menanti dan menanti .

Kumbang dan bunga .

Dihati mu penuh cinta
Relanya hati mu menanggung rindu
Berselindung kasih di sebalik ego mu .

Bawalah sayang mu di sini
Lamanya jiwa ku menderita
Mengharap pertemuan yang murni
Ingin ku peluk hati mu sampai kemati .

Biar tertulis dalam kamus cinta
Kisah cinta kita berdua
Sebagai lambang cinta yang suci mulia ...



saniza . 29 Safar 1431 . Kuala Lumpur .










Rindu


Rindu

Rindu untuk apa

Cinta tanpa cinta
Kasih pada siapa
Sayang mahu kemana
Hati tertanya ...

Kerana dia sepi
Kerana dia pilu
Tapi dia berharap ...



saniza . 29 Safar 1431 . Kuala Lumpur .



Cinta siapalah dia

Cinta siapalah dia

Merindu aku sepanjang masa
Apakah kau masih di sana
Kadang ku rasa kau di sisi
Namun ku masih sendiri .

Apakah aku hanya pemuja
Padang bayang dalam lena
Bila terjaga
Menangis hati sepi menjelma
Engkau tiada
Yang ada bayang ku sendiri .

Hilang lagi bersama matahari pergi
Bila malam
Aku terlena
Mungkinkah lagi bermimpi ...


saniza . 29 Safar 1431 .
Kuala Lumpur .











Sabtu, 13 Februari 2010

Bunga


Bunga


Lembut kelopak mu
Manis menyimpan madu .

Bila terkoyak kelopak
Mungkin ditiup bayu
Atau dipijak kumbang lalu
Caritnya pasti begitu
Tidak mungkin kembali saperti dulu .

Bila kenangan bertamu
Bukan untuk mengilap parut
Merasa kembali kesakitan lalu.

Kenagan lalu mengajar diri mu
Hari esok yang dituju
Kelopak carik tidak hancur
Dihiris sembilu waktu .


Saniza .28 Safar 2010 . Kotaraya K.Lumpur .





Sabtu, 6 Februari 2010

Bicara sepi


Bicara sepi


Terlambatkah aku di sini

Sukma mu ku lihat sunyi dan sepi
Darah merah pudar kepucatan
Di satu sudut ku temui sebuah mimpi
Terhenti tanpa realiti .

Sesekali terasa nadi berdenyut lagi
Nafas mu sejuk halus
Bibir mu bergerak kelu berkata
Apalah yang ingin kau bicara
Aku tidak dapat memahami .

Bila aku tidak mengerti
Siapakah akan mengerti
Cuma aku ada di sini .

saniza . Kuala Lumpu . 21 Safar 1431 .











Khamis, 4 Februari 2010

Si kecil

Si kecil


Tadi aku melihat seorang anak kecil
Empat bulan usianya
Dipeluk dicium ibunya
Sangat di sayangi
Lambang cinta ayah ibunya .

Mereka pernah bercinta
Kasih sayang membawa bahagia .

Masihkah merindu bila sentiasa bersama .



Saniza . Kuala Lumpur . 19 Safar 2010 .

Selasa, 2 Februari 2010

Mimpi digigit ular

Mimpi digigit ular

Malam tadi terjaga dari tidur

Hati berdebar debar
Bermimpi kaki digigit ular
Darah merah terasa keluar .

Benarkah itu satu tanda
Bakal mendapat si dia .

Ah ! malu pula terasa
Nanti dikata mabuk asmara
Memang pun aku rindukan dia .

Ah ! terasa pula macam nak ketawa
Kaki ku hanya dijilat kucing nakal yang manja ...

Sabtu, 30 Januari 2010

Sebuah angan

Sebuah angan


Rindukah itu
wajah mu terbayang tiap waktu
Sesekali tersebut nama mu .

Bermulakah cinta
Kasih dan sayang bermaharajalela di dada .

Siapalah aku untuk berbicara hasrat dan rasa
Aku sebiji debu di pinggir kota .

Bicara hanya bahan ketawa
Perasaan hanya susunan bahasa
Tulisan pelepas gelora jiwa .

Bercinta dalam angan
Mimpi yang tak mungkin terjadi ...



saniza . 14 Safar 1431 .
Kotaraya Kuala Lumpur .







Khamis, 28 Januari 2010

Kepala babi

Kepala babi


Bila rumah suci
Jadi serangan pembenci .

Apa itu peringatan Illahi
Jangan masjid selalu di jauhi .

Tak bolehkah berlaku
Bagai solat jumaat setiap waktu
Biar umat tidak bercelaru
Iman dan hati berpadu .

Bila ini terjadi
Tidak terlupa pada mati
Memuji Illahi sentiasa di hati .

Gerak langkah berhati hati
Mulut tiada caci mencaci
Pada Illahi mendekat diri
Moga tiada siapa membenci
Hidup bermaruah berugama suci
Islam ugama di cintai ...



saniza . Kuala Lumpur . 12 Safar 1431.

Selasa, 26 Januari 2010

Cinta sejati ?


Cinta sejati ?


Apa kah cinta sejati
Sukar untuk di mengerti
Banyak cinta datang dan pergi .

Bercinta separuh mati
Berpisah menjadi musuh yang paling benci .

Sayang janji kasih di lamun cinta
Berdua kemana pergi
Mahu bersama hidup mati .

Konon cinta sejati
Bagaikan daki
Hilang pergi bila di cuci
Datang lagi dan pergi lagi
Berganti mencari berganti .

Apakah yang sejati
Mungkin cinta pada diri sendiri
Mengikut kata hati
Mahu menang sendiri ...


saniza . Kuala Lumpur . 10 Safar 1431 .

Isnin, 25 Januari 2010

Cinta yang di mimpi

Cinta yang di mimpi

Cinta
Kau datang lagi
Bertahun kau menyepi
Mereka menyangka sudah mati
Datang dengan seri paling indah
Belum pernah di temui di alam ini
Cuma sesekali hadir dalam mimpi mimpi .

Menjadi kenangan
Suci abadi
Kekal di hati
Kini jadi realiti
Bukan alam fantasi lagi .

Dimana kau bersembunyi
Mempelajari ilmu keyakinan diri
Berani mengucapkan kebenaran hati
Inilah yang di nanti
Jadi lah kekasih yang sejati
Bila kau berjaya memiliki .



saniza . Kuala Lumpur . 9 Safar 1431 .




Jumaat, 22 Januari 2010

Setiakah

Setiakah

Kenapa berjanji setia

Hati sendiri masih bergelora .

Dan pada dia masih curiga .

Setiakah setia .

Tanpa kejujuran di jiwa .




saniza. kuala lumpur . 6 Safar 1431 .

Khamis, 21 Januari 2010

Taat atau Ingkar


Taat atau Ingkar

Api dalam neraka dinyalakan Tuhan .


Taat kerana takut ?
Taat kerana kasih ?
Taat kerana takut dan kasih ?

Takut tapi ingkar ?
Kasih tapi ingkar ?
Takut dan kasih tapi ingkar ?

Siapakah aku ?



saniza K. Lumpur . 5 Safar 1431 .

Rabu, 20 Januari 2010

Tutur bicara dan Air panas

Tutur bicara

( Kenangan buat dia yang di simbah air panas )

Biasa di perkata
Lidah setajam pedang
Pantas memotong hati
Panas membakar perasaan .

Tersilap guna memakan diri
Terjadilah
Kemarahan
Menjerit kerana pesanan air lambat sampai
Terjadilah
Kemarahan
Menyimbah air panas kebadan.

Lalu membuat laporan
Menjadi perbualan awan
Ada yang kasihan
Ada berkata padan muka .

Andai si penyimbah masuk penjara
Parut mu tetap ada .

Pengajaran hari muka
Cari saja yang suka
Tak payah nak mengata
Duitkan kita punya ...


saniza . K.Lumpur . 4 Safar 1431 .


Sabtu, 16 Januari 2010

Puisi : Dia bangga

Pada dia
Meneruskan
Dan melaungkan
Merdeka
Merdeka
Merdeka .

Pada dia
Petualang perlu bantahan
Lalu di sembur muka
Tercanang seluruh negara
Oh ! bahaya .

Enam bulan di jatuh hukuman penjara
Lalu dia mengakat dua tangan bermuka gembira .

Kenapa dia bangga ? .


saniza . K.Lumpur . 1 Safar 1431 .

Khamis, 14 Januari 2010

Puisi : Cinta mimpi

Cinta Mimpi

Terlalu rindu pada mu

Semalam bertemu dalam mimpi .

Lamanya dahaga cinta mu
Tak ku sangka
Bidadari dunia berkata rela
Rupanya kau juga merindu
Lalu rindu bertemu rindu .

Kita memadu cinta di tepian pantai paling indah
Tersimbah air laut terkena lidah
Oh ! ketika ini lautan semanis madu .

Bila matahari panas membakar
Kita berlindung di bawah rimbunan pohon
Terkejut melihat katak bermisai dan kucing bertanduk .

Inikah zaman perlu di tunggu
Untuk rindu bertemu cinta .

Tak mungkin alam jadi begitu
Bagaimanakah rindu ku ...




saniza . Kuala Lumpur . 28 Muharram 1431 .





Selasa, 12 Januari 2010

Puisi : Allah Tuhan Islam

Aku Melayu ugama Islam
Awak Cina ugama Islam
Awak India ugama Islam
Anda berbagai bangsa berugama Islam .

Bila Islam ugama kita
Allah Tuhan kita
Allah nama yang khas
Nama Tuhan orang orang Islam .

Terkenang pejuang pejuang Islam
Amat mencintai mati
Sahid pertahankan Islam .

Andai keadaan memerlukan
Aku rela sahid menjaga kesucian
Pasti ramai lagi yang ingin ...
Menjadi jenazah tanpa di mandi
Bersama merah darah menemui ILLAHI .


saniza .K. Lumpur . 26 Muharram 1431 .

Bayang ku kawan ku

Kau selalu bersama
Aku berlari di ikut berlari
Bila berhenti pantas berhenti
Saat menagis sama menangis
Tapi tiada air mata
Tanpa ketawa tika gembira
Tiada keluhan masa berduka
Hadir mu tanpa beban di rasa
Mengikut secara rela .

Apakah bayang lambang kesetiaan
Walau ada di saat bercahaya
Mungkin lumrah kejadian alam
Malam gelap ku sendirian
Rindu pada kenangan .

Lalu jadi pengejar cahaya
Dan takut pada kegelapan .



Isnin, 11 Januari 2010

Puisi : Perjalanan hidup

Oh ! ayahanda
Bukan ini panggilan hormat dan sayang
Di sini sekadar berbahasa
Kita bukan kerabat di raja
Atau Manusia kaya kaya
Ucapan Cik dalam loghat kita
Kata hormat budaya berbicara .

Ayahanda kaya memikul payah
Teringat aku di rumah dulu
Ketika kecil berlari jatuh
Lantai nibung menjadi saksi
Setiap nafas ayahanda hadapi
Gagah berjuang terus mara
Mengubah maju hidup kita
Sejarah hidup di belakang kerbau
Bertukar memandu di jalan raya
Putra putri mu di desa di kota
Menggapai murni cita cita
Moga tidak menjauhi ILLAHI .

Masih teringat di minda anakanda
Ayahanda berdiri di gelanggang pendekar
Gagah perkasa hebat tenaga.

Dunia berputar setiap masa
Warna hitam memutih di kepala
Tegang dahi berkedut berbagai rupa.

Moga ayahanda tidak lupa
Mencari pahala menendang dosa
Biar lemah seluruh anggota
Di hati tetap waja sentiasa
Meyusun bekalan buat hari bakal tiba .

Ayahanda, bonda, anakanda dan siapa siapa
Bila tiba hari kita, tiada lagi masa .



saniza . Kuala Lumpur . 25 Muharram 1431.

Ahad, 10 Januari 2010

Pengantin

Seronok ibu mendapat menantu
Besar perbelanjaan tidak terasa
Janjinya anak gembira .

Ternyata puasnya di hati
Album dibuka berkali kali
Tak jemu bercerita itu dan ini
Saudara mara sedia memerhati .

Menjadi imam pada isteri
Lepas subuh tidur lagi
Berbulan madu nanti pergi
Kenangan abadi cinta suci .

Ayah dan ibu tak sabar menanti
Teringin cucu ada di sisi ...
Menadah tangan pada ILLAHI
Berharap bahagia sehidup semati .


saniza . K. Lumpur . 24 Muharram 1431 .

Jumaat, 8 Januari 2010

Warna

Bila langit kota menangis

Deraian air jatuh bertebaran

Sekilas kabus menutup pandangan

Suria tetap memancarkan sinar.


Terukir di dinding menara batu

warna warna maya hiasan buat seketika .


Bila matahari melelapkan mata

Mana lagi ada pelangi

Yang berkelip lampu lampu anika warna

Menyuluh kalkatu mencari mangsa

Di telan burung burung senja.



saniza . 22 Muharram 1431 .




Khamis, 7 Januari 2010

Tiada mulut untuk bicara

Seharian di bakar panas matahari
Bila malam di salai panas bumi
Putih kulit berubah hitam
Peluh di badan melukis ruam .

Bagai orang orang terpacak di tengah bendang
Bisu tanpa bicara
Bergoyang di tiup bayu
Menakutkan burung burung terbang lalu
Itu lah tugasnya yang di mahu .

Diam tapi berbakti
Jangan tanya pakaian untuk di ganti
Tak perlu teduh kerana topi sudah di beri .

Orang orang tidak akan mati
Dia tiada nyawa di dalam diri
Di situlah dia kalau tidak di ubah lagi ...



saniza . Kuala Lumpur . 21 Muharram 1431 .

Isnin, 4 Januari 2010

Perjalanan sejati

Bila lahir dari perut ibu
Perjalanan tidak berhenti lagi
Sedetik bernama mati
Bawalah bekalan duniawi dimiliki
Kesal tangis tiada mencukupi
Tiada daya menambahkan lagi
Yang peduli anak anak suci
Yang menyusuli semaian berbudi
Ilmu dan harta di tinggal berbakti .

Bila hancur di perut bumi
Itulah perjalanan sejati
Tiada lagi mati
Shurga atau nuraka menanti .


Saniza . K. Lumpur . 18 Muharram 1431 .

Sabtu, 2 Januari 2010

Rindu

Kerinduan pada rindu
Berat mata memikul
Hanya hati yang tahu
Lalu mencipta kesalahan diri
Dan rindu rindu rindu lagi .

Semakin di kongsi semakin banyak di rasai .

Menadah tangan pada ILLAHI
Itulah yang hakiki .


( Buat hati yang merindu )

Ku catat dalam blog : REMINASI KEHIDUPAN ...

saniza . K.Lumpur . 16 Muharram 1431 .

Perindu

Siang jejari comel mu melukis warna cinta pada awan putih
Mana sampai tangan kerdil menjamahnya
Hanya melihat dengan putih mata .

Sejuknya hujan membasahi tubuh
Terasa bagai warna menyentuh setiap nadi
Lembut suci bagai bayi mencium pipi
Jadilah khayalan untuk di ingati .

Malam menjadi teman si burung perindu
Pudar awan dalam malap sinaran bulan
Terlelap waktu dini tanpa di datangi mimpi
Dan siang datang lagi
Menunggu rindu di kasihi .


Saniza . K.Lumpur . 16 Muharram 1431 .

Jumaat, 1 Januari 2010

Lambang Satu Ikatan Cinta

Murnilah cinta itu
Kasih sayang lalu berpeluk dalam ikatan perkahwinan .

Dua diri tiada lagi rahsia
Pahit manis derita ketawa
Kadang terpijak bara tetap melangkah jaya
Tertikam duri dicabut bisanya ditelan jua .

Ancam dunia pancaroba
Bertikam lidah bahasa berbicara
Kasih sayang dalam linangan air mata dan merah muka .

Cahaya mata nanti akan bertanya
Bagaimana aku ada di dunia .

Jawapannya ada pada ayah dan ibu
Mungkin kelu untuk bersuara
Tapi hati berkata , itu lah lambang cinta .


saniza . Kuala Lumpur . 15 Muharram 1431.


Khamis, 31 Disember 2009

Tahun baru usia menua .

Salam tahun baru
Bertambah lagi kiraan usia .

Masa beredar
Alam bertukar rupa .

Atok ketawa mana giginya
Nenek tersenyum berkerut tangisan .

Potret hiasan lama di simpan
Datuk dan nenek sayang sayang berpelukan
Atok tampan nenek jelita .

Atok nenek bahagia berkekalan
Biar tiada rambut yang hitam
Cintanya lambang kejujuran
Anak cucu buat tauladang .

Bila mereka nanti pergi
Papa mama pula sapertinya
Tiada insan muda selamanya
Namu ada yang tak merasa tua
Kerana pergi terlalu muda .

Tak kira siapa sila bersedia
Mati bila bila .


saniza . K. Lumpur . 14 Muharram 1431 .


Mimpi dalam jaga

Bila rindu paling memuncak
Angan berminpi
Di dunia malam paling sunyi
Di taman bunga bunga mewangi .

Mahu jumpa dia di hati
Bila tangan berpegang erat
Malu kelu lidah berkata
Lalu terdengar suara manja " Aku cinta pada mu "
Dan tertunduk malu tanda setuju
Tertanya lah siapa yang berkata
Terlupa segala gala .

Tiba tiba di kejut suara salam si dia
Rupa nya bermimpi dalam jaga
Tersenyum dalam kenyataan
Kemana nanti hendak pergi .


saniza . K. Lumpur . 14 Muharram 1431 .

Rabu, 30 Disember 2009

Tahun baru dan usia

Masih bayi dalam pelukan
Kadang menangis di kata meragam
Kanak kanak berlari riang
Membuat salah di kira kenakalan .

Bila remaja panjang akalnya
Tiadalah lagi meragam dan kenakalan
Elok di kira dosa dan pahala
Lebih bersedia menjadi manusia
Menuju muda dewasa dan tua .

Masa kecil mandi dipaksa
Bila besar dah jadi suka
Mandi manda di mana mana .
Bila insan menjadi mayat
Wajib di mandikan buat terakhir kalinya .

Bila menyambut tahun baru
Bertepuk ketawa bersuka ria
Azam baru tekad berjaya
Semoga tidak juga di lupa
Setiap tahun baru , semakin dekatlah masanya
Berdoalah mendapat Rahmat dan PetunjukNya .


saniza . K.Lumpur . 13 Muharram 1431 .


Selasa, 29 Disember 2009

Selamat pengatin baru .

Tadi siang di atas pelamin indah
Rakan tolan sama meraikan cinta
Tahniah gelak ketawa dan sindir senda
Tangan merah di renjis mawar , salam dan cium ceria
linangan air mata ayah bonda tanda gembira .

Di bilik pengantin hanya berdua
Malunya tadi terasa diri
Bila bersalam meminta diri
Untuk masuk kebilik ini
Jelingan di beri penuh makna
Mereka ketawa suka ria
Terasa macam kena di perli .

Lampu terang cuba suramkan
Malu bila bertentang mata
Di bilik ini rahsiakan terbuka
Selama ini tertanya tanya
Haruman semerbak tersesak nafas
Antara debaran dan denyut kasih sayang
Bila bersalam seiklas hati
Ciuman di beri tanpa pemerhati
Lebih dan kurang sama fahami
Sedia terima sejujur hati .

Menadah tangan pada Illahi
Memohon harapan sepenuh hati
Agar suami isteri dan zuriat bakal di perolehi
Sejahtera sampai ke akhir nanti .

Dalam belaian kasih dan sayang
Hasrat rindu memadu cinta
Suami isteri berpeluk syahdu
Menunaikan hasrat lama di nanti
Penikahan dan malam sebagini di impi .



( saniza ucapkan selamat pengantin baru pada semua pengantin baru )

saniza . Kuala Lumpur . 12 Muharram 1431 .



Cinta si rama rama


Mana ada bunga di situ si rama rama
Berlumba lumba si lebah pun sama
Menghisap madu meninggalkan debunga
Penyambung hayat keturunan bunga .

Lumrah si rama rama
Terbang dari bunga ke bunga
Tertarik keindahan warna
keharuman terus mempersona
Tersenyum hinggap di kelopak segar
Bila layu bunga di tinggal
Bercambah benih tercampak di belukar .

Rama rama mata meliar
Mana lagi bunga yang mekar .

Rama rama berwarna warni
Tertarik bunga menyerah suci .

Rama rama hitam berwarna pudar
Pintar berbicara merendah diri
Menyerah bunga termakan hati
Konon cinta suci murni
Harta dan rupa tolak ketepi .

Bunga merana siapa peduli
Tangkai kering menunggu mati
Pada siapa mengadu diri .



saniza . K. Lumpur . 12 Muharram 1431 .


Arus kehidupan

Hujan di Kuala lumpur
Sebiji manik hujan
Entah kemana menghilang
Mungkin di lopak tepi jalan
Atau di longkang
Dan hanyut di arus sungai klang
Terus ke Selat Melaka yang terbentang .

Tak nampak lagi manik hujan itu
Di serap air yang banyak
Bercampur peluh dan air mata .

Bila air melimpah menutupi jalan
Ada yang sesat untuk pulang
Gadis , janda dan isteri
Kadang menjadi manik hujan
Di telan kota metropolitan .



saniza . k.Lumpur . 11 Muharram 1431 .





Isnin, 28 Disember 2009

Kehidupan dan kematian

Bila hampir senja
Terkenag seharian yang di tinggalkan
Banyaknya yang terasa hendak buat tapi di tinggalkan .

Sebentar lagi pasti malam akan datang
Banyak lagi yang perlu dilakukan
Kalau di biarkan dia juga akan ketinggalan
Dan malam juga akan hilang bila matahari terbit lagi membawa siang .

Bila matahari datang lagi
Bertambah lagi kedut di dahi
Dan bagaimana andai tiada lagi hari untuk kita
Sedangkan banyak yang di tinggalkan
Sedangkan banyak kesalahan yang tidak di betulkan .

Tu di sana , kubur kawan kita
Umurnya masih terlalu muda .


saniza . Kuala Lumpur . 11 Muharram 1431 .

Ahad, 27 Disember 2009

Terasa pandai


Kau bayi baru bercakap
Kanak kanak menjejak remaja
Remaja melangkah dewasa .

Tak tahu sungai berpuaka
Menghulur kaki menjinak kelisa
Hilang di cari di perut buaya .

Terasa sudah permata
Orang melihat serpihan kaca .

Masuk bakul angkat sendiri
Di ketawa orang tak kering gusi .



saniza . Kuala Lumpur . 10 Muharram 1431 .

Jumaat, 25 Disember 2009

Bicara orang berkuasa

Atap biru jendela kaca
Bumbungnya berhias Jalur Gemilang .

Langsir putih kadang terselak
Nampak lah rahsia di dalam sana
Berbicara penghuni pendebat bijaksana
Menutup kudis sudah berulat
Tandas pecah najis berserakan
Sembur wangian menghalang kebusukan .

Teman pejuang puji bicara
Sedikit kejayaan laungkan segera
Kedurjanaan terus menutup mata
Itu hanya perkara biasa .


saniza . Kuala Lumpur . 8Muharram 1431 .


Khamis, 24 Disember 2009

Pertemuan di jalan dua hala

Di lebuhraya dua hala
Kedua dua hala terhenti buat seketika
Entah kenapa .

Terpandang ke jalan yang bertentangan
Seorang pemandu jelita menjeling manja
Hanya buat seketika
Pemanduan di teruskan semula .

Apa kah mata mula tergoda
Walau tanpa sebarang bicara
Terus terbayang si dia .

Mana tau siapa
Nombor pendaftaran keretanya pun tak ada .

Keretanya warna merah hati
Kemanakah hendak dicari
Tanpa nama yang boleh ditanya
Mungkinkah di leburaya itu lagi
Bila pula kesesakan terjadi .

Berpegang pada keimanan di hati
Maut dan pertemuan , Kuasa Illahi .


saniza . Kuala Lumpur . 7 Muharram 1431 .

Tertidor salah tempat .

Suatu malam amat gelap dan hujan amat lebat
Berteduh di sebuah bilik
Tanpa cahaya tiada apa dapat di lihat
Dalam sejuk tertidor sambil duduk .

Dalam mimpi busuknya bau najis
Bila pagi rupanya sebuah tandas
Melepaskan hajat dan terus berlalu .

Mencari masjid menunaikan kewajipan .
Kemanakah dia seterusnya ...


saniza . Kuala Lumpur . 7 muharram 1431 .


Pak Da



Lelaki tua dimamah usia
Kedut muka seluruh anggotanya
Menghuni setia podok berjasa .

Nyalaan kayu merebus air telaga
Sendirian lemah melawan daya
Dua anak tiada bersama
Bersuami isteri berumah tangga
Mak Da sudah lama tiada
Sedang menunggu di alam baqa

Termenong Pak Da sekali sekala
Melihat pondok hampir binasa
Kadang tersenyum di penjuru tangga
Teringat kisah masa bersama
Sedap baunya masakan Mak Da
Dibawa angin membuka selera
Di tepi telaga mandikan anak
Sekejap nanti nasi tersedia .

Lamunan Pak Da hanya seketika
Lalu berlinangan di penjuru mata
Rindu pada yang tiada
Menunggu yang ada , jauh di mata

Masuk waktu Pak Da di surau
Pak Da azan memanggil manusia
Menyembah Tuhan Yang Maha Kuasa
Menadah tangan memohon doa
Moga sejahtera sepanjang masa .

Pak Da ingat setiap ketika
Dunia ini hanya sementara
Akhirat jua kekal selamanya .



saniza . Kuala Lumpur . 7 Muharram 1431 .



Rabu, 23 Disember 2009

Patutkah dia di disko itu

Benarkah
Inilah tempat berehat menghilang kepenatan

Biar fikiran menjadi tenang
Biar badan menjadi segar .

Bertukar fikiran
Bertukar teman
Bertukar pelukan
Bertukar ciuman
Menari macam monyet hutan
Bergoyang serupa cancing kepanasan
Itulah jadi pujian , mendapat banyak tepukan
Minuman bermacam warna terhidang .

Bila kepanasan , si perempuan bangga membuka baju
Tinggal baju kecil menutup puting di badan
Si jantan merapatkan badan , merasa nadi berdenyutan .

lampu warna warni , bertukar ganti nyala dan padam
Muzik bertukar ganti , nyaring dan garang .

Di sudut sana seorang pemuda tanpan
Pakai songkok dan kain serban
Mungkin dia seorang ilmuan
Ingin mengajak mencari kebenaran.

Teringat aku satu ungkapan
Tujuan tidak menghalalkan cara
Di sini segala macam kejahatan
Melihat mendengar dan menghidu
Kenikmatan menggoda kelakian
Aku tidak pasti , layakkah dia di situ .



saniza .Kuala Lumpur . 6 Muharram 1431 .

Jawapan cinta

Kelmarin di situ ada tanda pertanyaan
Hari ini tanda itu sudah tiada
Yang ada hanya tanda berhenti .

Kemana pergi tanda itu
Apakah dia melarikan diri
Mungkinkah dia berputus asa
Atau dia telah disingkirkan.

Aku terus memerhati
Tiba tiba m
uncul si Dewi
Dia mencari tanda itu
Kehilangannya diratapi
Di hatinya ada jawapan hendak diberi
Patutkah jawapan ditulis di situ
Sedangkan soalan tiada lagi .

Dalam sendu tangisnya , seakan Dewi berkata " Aku cinta dia " .
Dewi terus berlari
Di bawah rintik manik hujan
Dan sinar suria melukis warna pelangi .



saniza .Kuala Lumpur . 6 Muharram 1431 .

Memori berduka cinta terhalang



Cinta mereka indahnya dipandang
Mesranya kasih dan sayang
Kerana cinta , cinta dihalang
Murninya cinta , kejamnya cinta .

Cinta suami kepada isteri
Cinta isteri kepada suami
Mesranya dalam pelukan .

Cinta ayah kepada anak
Gelap fikir ku hendak tafsirkan
Antara kasih sayang dan kebencian .

Antara hukum Tuhan dan peradaban alam
Jahil aku melihat keputusan
Cinta yang dipisahkan .

Andai pernikahan sah diteruskan
Andai pernikahan diputuskan tiada.

Raisuddin Hamzah 54
Siti Fatimah Suberi 22
Suberi Abdullah 49
Kemana ingin membawa cinta ini
Mungkin ego kuasai fikiran .

Dekatkan hati pada Tuhan
Carilah keputusan
kehidupan pasti menemui kematian
Cintailah hukum Tuhan .


saniza . Kuala Lumpur . 6 Muharram 1413 .

Selasa, 22 Disember 2009

Perempuan di lorong belakang

Di tengah Kota Raya
Masih ada hotel hotel usang menunggu tumbang
wujudlah lorong lorong belakang
Melambai lambai wanita jalang
Sambil bersandar di pintu belakang
Menunggu manusia syaitan , ghairah untuk melanggan .

" Abang ! Abang ... sinilah bang , saya baru datang , cuma cari makan "
Suara suara sialan
Manja untuk yang berkenan
Geli untuk yang beriman .

Kekalkah dia di lorong belakang
Bila rupa di makan usia
Murah saja ! anjing pun tak suka
Jadi lucuan bahan ketawa .

Duduk lah di kaki lima
Terpaksa menadah tangan
Memohon sedikit wang
" Tolonglah ! saya belum makan ".

Mana saudara mu ?
Mana ugama mu ?
Selagi ada nyawa di badan , tidak terlewat merayu kemaafan ..........



saniza . Kuala Lumpur . 5 Muharram 1431 .

Tidak berubah hati ku

Dulu bila tidor hidung ku tak lepas dari bau peluh mu
Air liur mu menitis di tubuhku semacam syarat untuk aku lelap .

Sentuhan tangan ku dan setuhan tangan mu
Ciuman cubitan dan gigitan nakal mu sungguh membahagiakan
Kekal di ingatan , kini dan selama nya
Aku tidak pernah lenguh dengan senda gurau mu
Dan itu lah yang aku mahu .

Tanpa mu tiada tidor ku
Tiada mu bagai hilang kekutan tenaga ku
Tangisan hati di basahi linangan air mata
Tanpa mu dunia yang luas ini tiada apa bagi ku .

Kini juga begitu hati ku
Resah hati ku kalau berjauhan dengan mu
Biar aku diam tanpa gerak dan bicara
Tak berubah hati ku , tetap sayang dan mencintai mu .

Moga engkau tidak lupa di mana pun kau berada
Dalam kehidupan ini pasti ada kematian
Jangan lah di langgar larangan Tuhan
Ikhlas lah menunaikan suruhan Tuhan .


saniza . Kuala Lumpur . 5 Muharram 1431 .


Biar lah aku saja yang mencintai mu


Cinta

Indah
Murni .

Cinta

Derita
Dusta .

Berbahagia kerana cinta
Berkorban terkorban dilanda cinta .

Usahlah memberi cinta pada ku
Aku takut untuk menerima nya
Biarlah aku yang mencintai diri mu
Moga cinta ku paling suci anugrah Illahi .

Andai di takhdirkan kita bersama dalam ikatan suami isteri
Akan ku cari cinta mu di dalam cinta ku
Andai dapat ku temui
Moga menjadi kekal abadi .

Zalimkah aku dalam kasih sayang ini
Atau ego yang tidak di fahami ...



Ketakutan ku jadikan cinta dan kerinduan


Tuhan ku

Aku takut nuraka mu
Aku takut kesakitan amat di hari pembalasan
Lalu mendidik aku takut pada Mu .

Tuhan ku

Alangkah indah dan damainya
Bila ketakutan dan impian ngeri
Menjadi kerinduan dan kecintaan .

Lalu tidak ada istilah terpaksa meninggalkan dosa
Mengutip pahala kerana suka .

Bersama detik nadi , sentiasa ingatan di hati
Cinta hakiki yang paling suci.


Saniza . Kuala Lumpur . 5 Muharram 1431.


Isnin, 21 Disember 2009

Aku ingin selalu mengingati

Illahi
Bila aku dalam kesusahan terasa begitu dekat dengan mu
Aku menyebut nyebut nama mu ya Tuhan ku .

Bila aku dalam kegembiraan
Aku juga ingin mendekati mu saperti aku dalam kepayahan .

Illahi
Biar nafas ku yang berdenyut bersama mengingati mu
Dan lebih dari itu selalu mendekati mu .

Semoga aku takut untuk tidak membuat kebaikan
Aku mau kembali sebagai Islam yang di redhai .


Kuala Lumpur . 4 Muharram 1431 .

Bulan hitam

Bila bulan berwarna hitam

Malam menjadi semakin gelap

Aku jadi sesat

Mana jalan pulang

Mana jalan kehadapan .


Jauh kelihatan di hujung alam

Cahaya kecil yang semakin padam

Dari sana kah aku datang

Atau itu arah yang aku berjuang .


Kuala Lumpur . 4 Muharram 1431 .

Jalan putih di malam gelap

Dalam malam yang gelap
Ku temui jalan putih yang terang
Jalan itu melambai aku ke situ .


Bila aku memasuki jalan itu
Ku campakkan sepatu ku yang kotor
Tapi aku masih tidak mahu memijak jalan yang putih itu
Masih berbau kaki ku yang tidak harum
Lalu aku merangkak dengan dua lutut dan dua tapak tangan ku
Terasa kesakitan anggota badan ku
Tapi aku redha
Ku temui kenikmatan dalam kesakitan itu
Aku lelah aku lenguh aku gagahi juga .

Di hujung nya aku sujud
Kembali kejalan kebenaran yang sejati
Bernasib baik nya aku kerana nafas masih ada dalam diri .


Kuala Lumpur . 4 Muharram 1431 .


Salam Puisi

Ikhlas dari saniza .