Terdapat ralat dalam alat ini

Rakan

Aku


Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga anda yang sudi
Kurang silap usah di caci .

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa .

Punya hati punya rasa bebas berbicara .

Bila terbayang cinta
Akulah perindu ...



Saniza . K.Lumpur . 1431 .

Ahad, 28 Februari 2010

Bercinta


Bercinta

Bercinta bawa bahagia
Pasti ada yang kecewa .

Deritakah merindu
Tiadakah indah didalamnya .

Tanpa cinta
Tiadakah rindu
Itukah sepi
Jiwa akan gelisah
Hati akan meronta
Mencari dan mencari .



saniza . 14 Rabiulawwal 1431 .







Selasa, 23 Februari 2010

Cinta yang terbiar

Cinta yang terbiar

Tiada terbelai
Tanpa kasih
Tanpa sayang
Yang ada hanya kerinduan
Rindu untuk dicintai
Bermain dengan bayang-bayang
Seketika datang sekejap hilang .

Terbang menjadi awan
Bila datang sebagai hujan
Aku hanya dapat merasakan kebasahan .



saniza . Kuala Lumpur . 9 Rabiulawwal 1431 .




Isnin, 22 Februari 2010

Begitukah

Begitukah


Cinta
Datangnya tanpa dipaksa
Rindu juga mula bersama
Menyata kasih dan sayang .

Kekalkah cinta dihati insan
Dilambung gelombang kehidupan
Kepayahan kukurangan dan kecacatan .

Benarkah cinta tulus murni
Tidak berubah bersama masa dan suasana
Siapakah pemiliknya ...



saniza . 8 Rabiulawwal 1431 .
Kuala Lumpur .











Sabtu, 20 Februari 2010

Pengharapan


Pengharapan


Sayang ku
Andai aku berada di hati mu
Biarlah jujur dan setia
Tidak rela dipura-pura .

Andai mampu mengukir nama ku di awan biru
Untuk menyatakan cinta mu
Gunalah tinta bertulisan merah
Kerana aku suka warna itu
Lambang keberanian kesanggupan berkorban cinta .

Bersama doa
Ku tunggu kehadiran mu .



saniza . 6 Rabiulawwal 1431 . Kuala Lumpur .






Khamis, 18 Februari 2010

Bersama cinta ku


Bersama cinta ku


Aku
Dan cinta
Dan harapan
Dalam sebuah sapan paling kecil
Di tengah lautan
paling luas
Sangat dalam .

Bila aku merindu
Siapalah yang tahu
Yang ada langit biru
Dan lautan juga kebiruan .

Bila malam ku lihat bulan bintang
Cahayanya menyuluh alam
Masih berbayang kegelapan .

Bila siang matahari bersinar terang
Tapi jauhnya untuk ternampak daratan .

Aku berdayung tanpa dayung
Tapak tangan berdayung merentas lautan .

Bila sampan semakin usang
Mungkin ditelan lautan
Mampukah aku berenang ...



saniza . 4 Rabiulawwal 1431 .
Kuala Lumpur .







Ahad, 14 Februari 2010

Bertemu mu

Bertemu mu


Terlalu ingin ku bertemu mu
Lamanya merindu .

Di manakah diri mu
Kenapa kau menyepi .

Berbahagianya aku andai dapat bersama mu
Melayari kehidupan ini
Dalam ikatan satu cinta
Jujur dan murni .

Sayang ku
Aku merindui mu ...



saniza . 29 Safar 1431 . Kuala Lumpur .
( Bila rindu bertamu )







Kumbang dan bunga

Kumbang
Mampukah kau terbang selamanya
Luasnya dunia
Mampukah jelajahi seluruh pelusuknya
Mencari dan mencari .

Bunga
Mampukah kau menanti seumur dunia
Kuntum mu berseri bukan selama
Tegakah menanti dan menanti .

Kumbang dan bunga .

Dihati mu penuh cinta
Relanya hati mu menanggung rindu
Berselindung kasih di sebalik ego mu .

Bawalah sayang mu di sini
Lamanya jiwa ku menderita
Mengharap pertemuan yang murni
Ingin ku peluk hati mu sampai kemati .

Biar tertulis dalam kamus cinta
Kisah cinta kita berdua
Sebagai lambang cinta yang suci mulia ...



saniza . 29 Safar 1431 . Kuala Lumpur .










Rindu


Rindu

Rindu untuk apa

Cinta tanpa cinta
Kasih pada siapa
Sayang mahu kemana
Hati tertanya ...

Kerana dia sepi
Kerana dia pilu
Tapi dia berharap ...



saniza . 29 Safar 1431 . Kuala Lumpur .



Cinta siapalah dia

Cinta siapalah dia

Merindu aku sepanjang masa
Apakah kau masih di sana
Kadang ku rasa kau di sisi
Namun ku masih sendiri .

Apakah aku hanya pemuja
Padang bayang dalam lena
Bila terjaga
Menangis hati sepi menjelma
Engkau tiada
Yang ada bayang ku sendiri .

Hilang lagi bersama matahari pergi
Bila malam
Aku terlena
Mungkinkah lagi bermimpi ...


saniza . 29 Safar 1431 .
Kuala Lumpur .











Sabtu, 13 Februari 2010

Bunga


Bunga


Lembut kelopak mu
Manis menyimpan madu .

Bila terkoyak kelopak
Mungkin ditiup bayu
Atau dipijak kumbang lalu
Caritnya pasti begitu
Tidak mungkin kembali saperti dulu .

Bila kenangan bertamu
Bukan untuk mengilap parut
Merasa kembali kesakitan lalu.

Kenagan lalu mengajar diri mu
Hari esok yang dituju
Kelopak carik tidak hancur
Dihiris sembilu waktu .


Saniza .28 Safar 2010 . Kotaraya K.Lumpur .





Sabtu, 6 Februari 2010

Bicara sepi


Bicara sepi


Terlambatkah aku di sini

Sukma mu ku lihat sunyi dan sepi
Darah merah pudar kepucatan
Di satu sudut ku temui sebuah mimpi
Terhenti tanpa realiti .

Sesekali terasa nadi berdenyut lagi
Nafas mu sejuk halus
Bibir mu bergerak kelu berkata
Apalah yang ingin kau bicara
Aku tidak dapat memahami .

Bila aku tidak mengerti
Siapakah akan mengerti
Cuma aku ada di sini .

saniza . Kuala Lumpu . 21 Safar 1431 .











Khamis, 4 Februari 2010

Si kecil

Si kecil


Tadi aku melihat seorang anak kecil
Empat bulan usianya
Dipeluk dicium ibunya
Sangat di sayangi
Lambang cinta ayah ibunya .

Mereka pernah bercinta
Kasih sayang membawa bahagia .

Masihkah merindu bila sentiasa bersama .



Saniza . Kuala Lumpur . 19 Safar 2010 .

Selasa, 2 Februari 2010

Mimpi digigit ular

Mimpi digigit ular

Malam tadi terjaga dari tidur

Hati berdebar debar
Bermimpi kaki digigit ular
Darah merah terasa keluar .

Benarkah itu satu tanda
Bakal mendapat si dia .

Ah ! malu pula terasa
Nanti dikata mabuk asmara
Memang pun aku rindukan dia .

Ah ! terasa pula macam nak ketawa
Kaki ku hanya dijilat kucing nakal yang manja ...